Setiap D.I.Y 100gm per pek (Kering) 1-9 pek = RM 15.00, 10-59 pek = RM 9.00, 60-100 pek = RM 7.00, 101 pek ke atas = RM 5.00, **Barang akan di pos menggunakan pos laju RM6.00

Harga untuk setiap bekas sekali makan (PMC Puple AAA/Ungu) 10 bekas RM15.00 (cukup utk makan pagi dan malam selama 5 hari) 20 bekas RM20.00 ** Untuk bekas hanya ada cod area: TNB Bangsar / Telekom Puncak Rebung / Kerinci / Pantai Dalam/ Subang Airport / Taman Medan Klang Lama / Sri Manja & Sentosa/Old Town PJ state / Amcorp Mall (untuk bekas tidak boleh di POS takut rosak. Berminat blh sms di 0173204498 tqsss..

Friday, 14 December 2012

Permudah Cara Memasak Pure Marine Collagen Bagi Yang Ingin Mula Mencuba

Haa.. nampak tak apa benda yang agak huduh nih.. cer teka.. nih lah rupanya pure collagen.. ooo macam nih rupanya tak pernah terbayang langsung kolagen rupa dia macam nih.. Jomm kita berkenal kenalan dengan cik kolagen nih.. yang nampak kering macam asam nih lah pure kolagen.. tanpa pewarna atau bahan perisa atau pengawet juga bauan tiruan.. semuanya tulen pure100% ini lah benda yang banyak membantu ct menimbus kawah 14 inci huhu..

Macam mana nak makan nih??.. senang je kolagen yang kering nih berwarna purple sebab dia dalam kategori AAA ingat beg je ada AA ho ho.. beza kolagen nih adalah pada grednya dan cara dia di proses, Gred A -  berwarna Purple Coklat Kehijauan, Gred AA - berwarna Coklat Muda dan Gred AAA -berwarna Puple kerana di keringkan direct dari pancaran matahari.. kalau yang Gred AA tu dikeringkan secara stim..

Gambar di atas adalah rupa pure kolagen yang belum diproses.. yang putih putih tuh adalah hablur garam.. yer lah dah memang hidup dia dalam laut bergaram lah dia.. jadi lepas keluarkan dari plastik basuh bersih bersih-bersih macam kita basuh kerang k..

Ianya basuh dalam 4- 5 kali ramas.. buang airnya dan rendam dalam bekas berisi air tapis/air mineral agak agak tinggi dari kolagen yang dah dibasuh.. dia akan mengembang hasilnya macam gambar di bawah nih..

Ha nampak!!.. Ni hasilnya ct rendam dalam bekas selama 6 jam





















Gambar di atas nih ct rendam dalam bekas selama 6 jam.. jadi besar kan.. Ni hasilnya bila pada mulanya kering dah jadi kembang setaman.. cantik kan..


1. Lepas kolagen dah kembang setaman masukkan dalam periuk bersih dan pastikan bebas dari bau kari/asam pedas/tempoyak dalam periuk tu ok huhhu.. tambah 2.5 liter air.. rebus dalam 20 minit atau sampai kolagen tu hancur.. nampak gambar di bawah dia tengah menggelegak..

2. Bila kolagen dah hancur tutup api dan sejukkan dalam bekas yang bersesuaian.. ct masukkan dalam bekas cenggini sebab senang nak makan atau pun terpulang pada anda k..

3. Masukkan dalam peti ais supaya ia dapat tahan lama.. Hasilnya dia akan jadi sejibik jeli yang sejuk..

4. Ct sarankan makan dengan oren Sunquick/Madu/Ribena sedap sangat.. tak payah letak air hanya letak perisa dia jer.. rasa sejuk sejuk jeli kolagen tuh masuk dalam tekak.. Nampak!! rupa jeli kolagen (Gambar No.4) dimakan bersama dengan oren sunquick... jemputlah makan yum yum..

Panduan Cara Nak Masak:
a) Basuh kolagen bersih - bersih, buang air 4-5 kali sambil ramas-ramas buang hablur garam tuh
b) Rendam dalam air mineral/air tapis dalam 6 jam /sampai kembang setaman
c) Basuh lagi 3-4 kali sampai hilang bau garam'
d) Rebus dalam periuk bersih dengan 2.5 liter air
e) Masuk dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais
f) Makan 2 kali sehari pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur
g) Ambil 2 sudu setiap 1 hidangan
h) Tuang sunquick/pes minuman kegemaran anda

Ok, Disini yang dah siap di packingkan 1 bekas untuk sekali makan.. agak agak kalau malas nak masak bagai boleh lah order kat ct huhuhu..
(Diharap perkongsian ct dapat memberi manfaat untuk semua..)