Setiap D.I.Y 100gm per pek (Kering) 1-9 pek = RM 15.00, 10-59 pek = RM 9.00, 60-100 pek = RM 7.00, 101 pek ke atas = RM 5.00, **Barang akan di pos menggunakan pos laju RM6.00

Harga untuk setiap bekas sekali makan (PMC Puple AAA/Ungu) 10 bekas RM15.00 (cukup utk makan pagi dan malam selama 5 hari) 20 bekas RM20.00 ** Untuk bekas hanya ada cod area: TNB Bangsar / Telekom Puncak Rebung / Kerinci / Pantai Dalam/ Subang Airport / Taman Medan Klang Lama / Sri Manja & Sentosa/Old Town PJ state / Amcorp Mall (untuk bekas tidak boleh di POS takut rosak. Berminat blh sms di 0173204498 tqsss..

Tuesday, 11 September 2012

100% Pure Marine Collagen (Gred AAA)

Lama sangat rasanya tak up date blog sampai dah naik berhabuk 14 inci hehe.. pada yang order yang tak dimasukkan dalam blog ct mintak maaf banyak banyak selalunya memang tak sempat nak ambil gambar.. ct selalu siapkan apam dalam masa terdekat sebab nak kawan-kawan rasa apamdotdot yang masih baru.. kadang-kadang ct hantar bontot bekas tuh pun rasa suam suam lagi rasa sangat puas hati bila kawan2 dapat rasa apam yang baru masak..

Jadi kepada Pia yang order 1000 utk majlis kahwin kawan dia (1pek 4 biji), Daniel Aruldass juga utk majlis perkahwinan beliau (1000 biji 1 pek 1 biji) dan kawan-kawan lain jugak yang tak sempat nak ambil gambar ct mintak maaf banyak-banyak sebab bila pek terus hantar.. terima kasih banyak bagi kepercayaan anda semua Cewahhh..

100% Pure Marine Collagen

Ok ct sebenarnya sangat teruja nak bercerita nih pasal collagen, so pada yang kenal ct face 2 face memang tau lah masalah parut jerawat yang ct hadapi.. pore yang sangat dalam.. dah beribu habis untuk hilangkan benda alah tu semua.. yang terkini ct dengan rela hati ke N..Y..K S..N teruja sungguh tengok testimoni kulit hodoh jadi halus mulus.. macam nak pengsan bila dia ambil gambar dekat lobang kawah yang dalam 14 meter tuh!!!! melayang la 1400 untuk 6 kali rawatan..

Masuk kali ke 4 rawatan tak sanggup rasa dah asyik kena paksa ambik pakage berbelas ribu.. tambahan 700 untuk masukkan kolagen.. padahal takder kesan apa pun.. 1 set rawatan kulit tu ct pakai takder apa2 kesan pun pore macam tuh jugak.. last2 dikabulkan jugak permintaan untuk berjumpa penawar masalah ct yang tak berkesudahan nih.. so ct jumpak la benda nih tadaaaaaa..

Pure Collagen Gred AAA


Haa.. nampak tak apa benda yang agak huduh nih.. cer teka.. nih lah rupanya pure collagen.. ooo macam nih rupanya tak pernah terbayang langsung kolagen rupa dia macam nih..j om kita berkenal kenalan dengan cik kolagen nih.. yang nampak kering macam asam nih lah pure kolagen.. tanpa pewarna atau bahan perisa atau pengawet juga bauan tiruan.. semuanya tulen.. pure 100% ini lah benda yang banyak membantu ct menimbus kawah 14 inci tuh..

Macam mana nak makan nih.. senang je kolagen yang kering nih berwarna purple sebab dia dalam kategori AAA ingat beg je ada AA ho ho.. beza kolagen nih adalah pada grednya dan cara dia di proses, Gred A berwarna purple coklat kehijauan, Gred AA berwarna coklat muda dan Gred AAA berwarna puple kerana di keringkan direct dari pancaran matahari.. yang gred AA tu dikeringkan secara stim..

Jadi yang ct guna nih adalah gred AAA.. Alhamdullillah seminggu ct makan secara konsisten pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur dan tak lupa wajib ku sapu muka dengan kolagen nih sebelum tidur pore semakin mengecik !!! macam tak percaya sebab rasa macam nak laser jer lobang kawah dengan bekas jerawat nih tapi alhamdulillah terjumpa pure kolagen yang sangat berkhasiat nih.. bukan saja pore makin mengecil.. parut yang bertepek dah makin pudar kulit jadi makin lembab.. sungguh tak ku percaya..

Testimoni ni ada 3 orang ct , myMIL dan mySIL.. myMIL kulit nya nampak lembab dan makin cun pulak myMIL nih jeragat dia pun dah makin pudar, mySIL takder masalah jerawat sangat tapi dalam masa 5 hari dia makan pipi dia jadi pinky pinky.. sampai kawan opis dia pun tegur..

Alhamdulillah.. jadi kalau ada sapa sapa yang alami masalah jerawat, kawah 14 inci dan kulit makin kendur ct sarankan makan lah pure kolagen nih.. ct takkan sarankan kalau tak menjadi pada ct.. sampai ct cakap kalau ada mana2 produk boleh clearkan muka ct nih memang hebat sebab kulit ct sangat lah degil tahap gaban kurun ke 14!!! heheh..

Gambar di atas adalah rupa pure kolagen yang belum diproses.. yang putih putih tuh adalah hablur garam.. yer lah dah memang hidup dia dalam laut bergaram lah dia.. jadi lepas keluarkan dari plastik basuh bersih bersih macam basuh kerang tuh... basuh dalam 4- 5 kali ramas.. buang air dan rendam dalam bekas berisi air tapis/air mineral agak agak tinggi dari kolagen yang dah dibasuh.. dia akan mengembang macam gambar di bawah nih.. nampak.. nih ct rendam dalam bekas selama 6 jam..jadi besar kan ...yang ini pulak rupa bila kolagen kering dan mengembang setaman.. cantik kan


Lepas kolagen dah kembang setaman masukkan dalam periuk bersih dan pastikan bebas dari bau kari/asam pedas/tempoyak hoho.. tambah 2.5 liter air.. rebus dalam 20 minit atau sampai kolagen tu hancur.. nampak gambar di bawah dia tengah menggelegak.. bila kolagen dah hancur tutup api dan sejukkan dalam bekas yang bersesuaian.. ct masukkan dalam bekas cenggini sebab senang nak makan.. masukkan dalam peti ais dan dia akan jadi sejibik jeli yang sejuk..

Masak kolagen dalam 205 liter air sampai menggelegak dan hancur macam agar-agar kering

Permudah kat sini cara nak masak:
  1. Basuh kolagen bersih bersih buang air 4-5 kali sambil ramas-ramas buang hablur garam tuh
  2. Rendam dalam air mineral/air tapis dalam 6 jam /sampai kembang setaman
  3. Basuh lagi 3-4 kali sampai hilang bau garam'
  4. Rebus dalam periuk bersih dengan 2.5 liter air
  5. Masuk dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais
  6. Makan 2 kali sehari pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur
  7. Ambil 2 sudu setiap 1 hidangan
  8. Tuang sunquick/pes minuman kegemaran anda  

Amaran:
Jangan ambil kolagen bersama sama teh /kopi/air berkarbonat selama tiga jam kalau tak sesia je makan takder kesan.. Bagi mencepatkan serapan dalam badan kolagen dan vit C so kena sangat lah kalau makan dengan oren atau tablet vit C masing-masing..


Sedap betul kolagen nih bila makan sejuk2.. cair dalam mulut YUM YUM
 Nih lah rupanya dah siap tu stok ct dan jugak kawan-kawan yang maleh nak merenyah nak masak so order jer yang siap dari ct.. ct sarankan makan dengan oren sunquick/ribena sedap sangat.. tak payah letak air.. letak pes dia jer.. rasa sejuk sejuk jeli kolagen tuh masuk dalam tekak.. yum yum .. ini rupa jeli kolagen gambar di bawah dimakan bersama dengan oren sunquick oren... jemput makan.. yum yum..

Di makan bersama dengan oren sunquick
Harga/Order
10 pek keatas boleh sms ct k.. nak beli per kilo pun boleh.. minimum 2 kg..harga sms ct k.. agak agak kalau malas nak masak boleh order pek sekali makan macam dalam gambar nih minimum order 10 bekas RM15 tahan untuk 5 hari makan pagi dan malam..






















Ini pulak rupa kolagen yang dah siap dipackingkan 1 bekas untuk sekali makan.. agak agak kalau malas nak masak bagai boleh lah order kat ct ho ho..

Diharap perkongsian ct dapat memberi manfaat untuk semua..