Setiap D.I.Y 100gm per pek (Kering) 1-9 pek = RM 15.00, 10-59 pek = RM 9.00, 60-100 pek = RM 7.00, 101 pek ke atas = RM 5.00, **Barang akan di pos menggunakan pos laju RM6.00

Harga untuk setiap bekas sekali makan (PMC Puple AAA/Ungu) 10 bekas RM15.00 (cukup utk makan pagi dan malam selama 5 hari) 20 bekas RM20.00 ** Untuk bekas hanya ada cod area: TNB Bangsar / Telekom Puncak Rebung / Kerinci / Pantai Dalam/ Subang Airport / Taman Medan Klang Lama / Sri Manja & Sentosa/Old Town PJ state / Amcorp Mall (untuk bekas tidak boleh di POS takut rosak. Berminat blh sms di 0173204498 tqsss..

Monday, 4 July 2011

Resepi Apam dotdot


Bagi yang berminat nak buat sendiri apamdotdot nih ada resepi asal dari blog HANAMEMORIES - Terima Kasih Hana..

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150 gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  • Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  • Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  • Picitkan blueberry filling secukupnya.
  • Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  • Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.


Note dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang  mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.